Saturday, January 21, 2017

ERTI KEBAHAGIAN DAN KETENANGAN

Baca dengan teliti
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri kita di sini...merenung jauh kepada mereka yang hidup dengan penuh keseronokan dan kegembiraan..namun,kita tidak sedar tentang hakikat erti KEBAHAGIAN yang sebenar-benarnya..
Ramai orang tersalah sangka tentang maksud KETENANGAN dalam kehidupannya.Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta atau faktor kekayaan.Walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segalanya.Betapa ramai orang yang berada dalam rumah besar,tidur di atas katil beralaskan tilam yang empuk tetapi dia tidak lena dengan nyenyak.Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk beralaskan papan dan tikar mengkuang,kadang-kadang dia lebih lena dengan nyenyak berbanding kita.Ada orang yang berada di hadapanya hidangan yang hebat(lauk pauk yang bagus dan sedap)tetapi lidahnya tidak enak untuk mnjamahnya.Malahan lebih enak lagi orang yang makan dengan satu dua jenis lauk sahaja.Kata Hamka "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat".
Semua orang sangka, jika orang itu ada rumah besar,ada makanan yang sedap..tentu hidupnya bahagia dan tenang..."belum tentu…!"
Tiada siapa mampu mengubah ketetapan Allah.
Jika Allah berkehendak memberi kebahagiaan dalam hidup seseorang..DIA tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah menghalang kebahagian seseorang..DIA tidak boleh dihulurkan oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah uruskan urusan itu...Allah tidak serahkan diri kita kepada kita..Walau sekelip mata..dunia tidak boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah..
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tenang,kita akan melihat kemenangan di sisi Allah..
Apa yang orang rasa rugi,Allah akan memberi keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka..Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah.
...Tengoklah dunia ini..kadang-kadang manusia,dia hilang satu benda ini daripada dunia,seumpama kita hilang segalanya..
Berapa banyak dalam hidup kita melalui keperitan hidup?
Cuba ingat...ketika kita ditimpa keperitan,kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya..Tetapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.
Ketika kita ditimpa musibah..
Kita kata "abislah aku kali ini!.." Tapi usia kita tetap berjalan dan kita masih lagi hidup dan makan dengan menikmati kurniaan kehidupan daripa Allah swt..
Ketika itu kita kata "Ya Allah,tolonglah aku....Ya Allah bantulah aku,aku dalam kesusahan Ya Alkah."
Setelah hilang kesusahan tersebut,kita lupa akan perkataan itu..Dan kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya..
Apabila kita diuji oleh Allah..kata Allah.."tanganilah dengan sebaiknya,maka imannya akan bertambah.."
bukan kita."pasai apalah Allah benci aku?apa dosa aku?..."Tidak-tidak..!
Kata Allah.."Hasbia Allah wa nikmal al-Maula wa nikmal al-Wakil" maksudnya "Cukuplah bagi kami Allah,DIA sebaik-baik tempat diserahkan urusan"
Pengalaman sering mematangkan kita.
sesiapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksud orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal-dia akn mengetahui tentang keajaiban bertawakal.
Bila hati insan bulat kepada Allah swt..Ya Rabb
"Ya Allah,aku serahkan urusan ini kepadaMU Ya Allah.."
Kita sering lupa,kita masih punya kehidupan di Akhirat.
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat,dia akan merasakan kehidupan dunia ini sangat kecil...
Nabi menyebut di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim "Allah bawa pada hari akhirat manusia yang paling derita dalam dunia ini.Allah seorang dan masukkan dicelup ke dalam Syurga kemudian dikeluarkannya.Lalu ditanya..."wahai fulan,adakah kamu pernah rasa derita dalam hidup?"
Maka jawabnya "Tak!aku tidak pernah derita pun dalam hidup ini.."Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam Syurga,lupa tentang derita..
Allah ambik manusia yang paling nikmat di dunia dengan segala nikmat,Allah masukkan dia secelup sahaja dalam neraka..lalu dikeluarkan dia..Lalu ditanya "pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Maka dijawabnya "Tak!aku tidak pernah ada nikmat pun dalam hidup hanya dengan satu celupan sahaja dalam neraka..Manusia lupa segala kisah nikmat hidupnya.
Masihkah kita teringat akan nikmat Allah berikan selama ini.
Kita selalu inginkan bersyukur kalau kita diberi benda baru atau satu nikmat yang besar..
Seorang hamba Allah,yang patah kakinya yang tidak pun sebut.."dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak tetapi apabila satu hari dia sakit kaki..Dia berkata "Ya Allah bagilah balik kaki aku,sembuhkanlah balik"
Dia akan merasai besarnya nikmat kaki,tangan,sihat.
Kata Hamka "Yang ada itu sudah harapa kita".Yang kita ada adalah harapan kita tetapi sesetengah insan ini tidak salah untuk kita mengharap yang belum ada tetapi jangan kita lupa yang telah ada!
Bersyukurlah wahai diri ini.

Wednesday, January 4, 2017

Kembali menulis Blog

Rasa keinginan meneruskan penulisan dalam Blog ini berkobar² 2017 ini....Hope bersemngat menulis berkobar ini smpai akhir hayat....Amin...

Isteri..oh....isteri..

SYURGA SEORANG ISTERI Dugaan paling besar adalah bersabar. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja. Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya! Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita. Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita. Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya? Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah Ameeen 🌸🌸🌸